Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS PULAU PINANG TURUT MEMERIAHKAN MAJLIS "THE JOY OF SYAWAL" BERSAMA ANAK YATIM DAN ISTIMEWA
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 08/05/2024
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
25 APRIL 2024, BUKIT MERTAJAM: Western Digital (WD) Batu Kawan dengan kerjasama Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya "The Joy of Syawal" di The Grand Mulia, Bukit Mertajam bersama pusat kebajikan anak-anak yatim dan anak- anak istimewa yang terpilih.
JAS Pulau Pinang telah bersama - sama memeriahkan majlis ini dengan menjadi pempamer dan menjalankan aktiviti upcycle untuk memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada tetamu yang hadir.
JAS Pulau Pinang merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah semua pihak di atas penganjuran program ini yang berjalan dengan jayanya. Tidak dilupa kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai kerana sudi menyediakan barang pameran upcycle yang sangat menarik untuk kegunaan program.