Penerangan
5 Mei 2024, Sg. Nibong : Kehadiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sebagai tetamu kehormat ke Majlis Perasmian Penutup Program Madani 2024 Zon Utara telah menambahkan lagi kemeriahan program yang telah berlangsung selama tiga hari yg bermula pada 3 Mei 2024. Majlis sambutan Aidilfitri MADANI turut diadakan bagi meraikan para pengunjung yang hadir.
Pengarah JAS Pulau Pinang, En Norazizi bin Adinan turut hadir mewakili Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling bagi sama- sama meraikan Majlis ini dan memberi sokongan kepada petugas - petugas JAS Pulau Pinang yang bertugas sepanjang program ini berlangsung.
Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan agensi serta pihak GLC yang berkaitan.