Penerangan
3-5 Mei 2024, Tapak Pesta Sg. Nibong:
JAS Pulau Pinang turut sama menjayakan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara sebagai pempamer di reruai Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES). Pelbagai informasi terutamanya berkenaan kaeadah pengurusan ewaste telah disampaikan. Pendaftaran Rakan Alam Sekitar turut dibuka kepada pengunjung yang hadir. Reruai NRES bertambah seri dengan kehadiran YB Fadlina Sidek, Menteri Pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Ching Too a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, Encik Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang dan pegawai - pegawai kanan NRES sebelum ke Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Utara. Kecomelan Echa si maskot ewaste Jabatan Alam Sekitar turut menambahkan lagi kemeriahan.
JAS Pulau Pinang turut membuka kaunter pengumpulan ewaste sepanjang program ini berlangsung. Walaupun keadaan sesak dan cuaca panas masih terdapat segelintir pengunjung yang sanggup meredah kesesakan sekali lagi untuk menghantar buangan ini di kaunter yang telah disediakan. Kesedaran alam sekitar itulah yang dilihat semakin meningkat dikalangan masyarakat disini.
JAS Pulau Pinang ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak NRES di atas peluang yang diberikan, begitu juga kepada JAS Ibupejabat terdiri daripada Bahagian Komunikasi Strategik, Bahagian Bahan Berbahaya dan Seksyen Perlindungan Ozon di atas bantuan kepada JAS Pulau Pinang untuk menjayakan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara. Tidak dilupa kepada rakan kerjasama Shan Poornam yang turut menjayakan kutipan ewaste sepanjang tiga hari tersebut.