PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GERAK BERSEPADU KHAS PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 08/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK BERSEPADU KHAS PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
08/05/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

7 April 2024, PULAU PINANG – Sebagai Rakan Kerjasama antara jabatan penguatkuasaan darat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah turut serta di dalam operasi bersepadu Khas Hari Raya Aidilfitri bersama beberapa agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Kontingen Negeri Pulau Pinang, Jabatan Imigresen dan beberapa agensi serta jabatan penguatkuasa yang lain. Operasi ini telah bermula pada 5 April 2024 di seluruh negeri Pulau Pinang bagi memastikan pematuhan ke atas kenderaan di atas jalan raya mengikut bidang tugas jabatan penguatkuasaan masing-masing. Sepanjang pemeriksaan yang dibuat dalam tempoh operasi ini ke atas buah kenderaan, sebanyak buah kenderaan telah diperiksa dan diuji dengan meter asap. Daripada jumlah itu, sebanyak 14 Kompaun dan 17 Notis Arahan telah dikeluarkan. Selain itu, sebuah kenderaan juga telah dikenakan tindakan Perintah Larangan. Unit Kenderaan Bermotor, JAS Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Bunyi Bising Kenderaan) 1987 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Kenderaan Diesel) 1996. di bawah peraturan yang sama. JAS Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga Selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan