Penerangan
29 April 2024, - Satu inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar telah dilaksanakan oleh Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd sempena sambutan Hari Bumi 2024.
Majlis Perasmian Bulan Alam Sekitar, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2024 bersama Kempen Pengumpulan Household e-Waste telah dirasmikan oleh Mr.Katsuhiko Hayashi Pengarah Urusan, Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd bersama Encik Norazizi Bin Adinan, Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang dan Encik Hairozie Bin Asri, Pengarah DOSH Negeri Pulau Pinang. Turut serta dalam majlis ini ialah Mr. Eric Teoh, Executive Officer, Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd, Mr. Ronnie Keah Executive Officer, Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd, Mr Tan Lijen, EHS Manager, Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd, Pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang, Pegawai DOSH Pulau Pinang dan Kakitangan Syarikat Ibiden Electronics Sdn Bhd Ibiden Electronics Malaysia Sdn Bhd.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah aktiviti Latihan Keselamatan Virtual Reality, Pameran dan Program Pengumpulan Household E-Waste. Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik atau Household Electric and Electronic Waste (E-Waste) yang bertujuan mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai self-regulation atau pematuhan kendiri yang cakna tentang kepentingan dalam menjaga alam sekitar.