Penerangan
4 Mei 2024- Seremban, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Negeri Sembilan dan Ega Recyling Sdn Bhd telah menyertai pameran dan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik isi rumah (household e-waste) sempena Hari Pengguna Kebangsaan 2024.
Seramai 1500 pengunjung yang hadir pada program ini dan telah dirasmikan oleh YB Senator Hajah Fauziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan diiringi YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjayakan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama