PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 08/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JOM BACA 10 MINIT DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
08/05/2024
Organisasi
DOE Melaka
Lokasi
Melaka

Penerangan

23 April 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah melaksanakan satu program JOM BACA 10 MINIT di ruangan kerja kakitangan jabatan pada hari ini. Program ini dilaksanakan bersempena sambutan Hari Bumi peringkat negeri Melaka tahun 2024 yang bertemakan ‘Planet vs. Plastics’ dan ianya dilaksanakan serentak seluruh negara melalui kempen oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).   Hebahan telah diedarkan terlebih dahulu sebelum program ini bagi menggalakkan penyertaan di kalangan pegawai-pegawai JAS Negeri Melaka.  Program JOM BACA 10 MINIT ini merupakan satu kempen di peringkat nasional bagi menyokong ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.   #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan