Penerangan
1-4 April 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan Industri telah menjalankan Ops Gempur Raya (Ops Lembangan Bil. 3/2024) yang berakhir pada pukul 12.00 tengah malam, 4 April 2024 di kawasan seliaan masing-masing sempena musim perayaan.
Ops Gempur Raya ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009, PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014 yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Dua (2) premis haram Berjaya dikenalpasti oleh Cawangan Pasir Gudang dan Cawangan Batu Pahat dengan tindakan telah diambil ke atas kedua-dua premis berkenaan.
Ops kali ini telah disertai oleh Exco Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor, YB Ling Tian Soon yang meninjau persampelam yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa bersama Pengarah JAS Negeri Johor, Dr Mohd Famey bin Yusoff di Kawasan Perindustrian SiLC, Iskandar Puteri.