Penerangan
2 Mei 2024, Johor Bahru – Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan JAS Ibu Pejabat yang diketuai oleh Puan Zuraini binti Siam telah menjalankan lawatan post-naiktaraf ke perpustakaan Enviro Digital @ JAS Johor. Lawatan ini bertujuan melihat secara keseluruhan pelaksanaan projek naiktaraf perpustakaan JAS Johor kepada perpustakaan Enviro Digital.
Penerangan ringkas berkaitan pengurusan perpustakaan Jabatan Alam Sekitar juga telah disampaikan oleh Pustakawan JAS, iaitu Puan Wan Nai'mah binti Wan Awang. JAS telah menyediakan beberapa platform digital sebagai sumber kepada warga JAS untuk menambah ilmu pengetahuan dan sebagai inspirasi dalam meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.