Penerangan
SEMINAR KESEDARAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 BAGI KAKITANGAN JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN NEGERI SABAH
??30 April 2024, Kota Kinabalu: JAS Negeri Sabah telah dijemput bagi menyampaikan taklimat oleh Jabatan Pembetungan Negeri Sabah (JPP) di dalam Seminar Kesedaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Kakitangan JPP Sabah di Dewan Persidangan, Tingkat 2 Podium, Wisma Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 55 orang kakitangan JPP telah menghadiri program ini dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Tuan Ir. Ts. Alvin Garry Rasion.
??Taklimat bertajuk Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah disampaikan oleh PP(K) Aliudin Atat@Arsyid. Manakala PP(K) Mardianah Aliska telah menyampaikan taklimat bertajuk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Sesi soal jawab dan interaksi bersama kakitangan JPP turut diadakan.