Penerangan
Mesyuarat Penyelarasan Permohonan Pelupusan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah Bersama JAS Sabah dan JAS Terengganu
17 April 2024, Dalam Talian - Susulan permohonan JAS Sabah & JAS Terengganu yang telah dikemukakan kepada Seksyen Air Tanah JAS Ibu pejabat berhubung permohonan pelupusan (pindahan) Stesen Air Tanah di Yong's Farm Tawau, Seksyen Air Tanah JAS HQ telah mengadakan satu perbincangan susulan sebelum JAS HQ kemukakan Minit Ceraian kepada KPAS.