Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU
TARIKH : 24.04.2024 (RABU)
MASA : 8.00 AM - 5.00 PM
ANGGOTA : PPKK STH, PPK SS & PMD RA
TUGAS :
1???. Siasatan aduan alur air tercemar.
2???. Rondaan darat OMPT.
KAWASAN RONDAAN
1???. Pej. JAS Tawau - Jln. Kuhara - Jln. Apas - Balung - Pej. JAS Tawau.
A. PENEMUAN :
Koperasi Nasib Kita
1???. Aduan alur air tercemar di terima pada 24.04.2024. Siasatan dijalankan pada 25.04.2023 bersama pihak Koperasi, mendapati alur air yang disahkan berwarna coklat kehitaman.
KKS Sungai Burung
1???. Pegawai menyusuri alur air terebut dan mendapati punca pencemaran terhasil daripada KKS Sungai Burung.
2???. Pemeriksaan serta merta dijalankan ke atas premis dan menemukan beberapa punca berikut:
I. Kebocoran daripada takungan sementara air larut resap yang terhasil daripada longgokan TKKS kilang di ladang Sudut Jasa Sdn Bhd. Tidak dipantau dan membenarkan air larut resap mengalir ke perparitan seterusnya ke alur air kawasan Koperasi Nasip Kita.
II. Didapati trenches pengairan ladang kawasan berdekatan tapak longgokan TKKS telah bocor dan memasuki perparitan yang sama.
III. Terdapat perparitan yang di benteng dan dijadikan takungan kecil bagi menghalang efluen ke alur air telah bocor. Takungan efluen tersebut terhasil daripada limpahan kolam pengolahan Aerobic Pond dan Final Discharge Pond. Aliran perparitan didapati mengalir ke perparitan di kawasan tapak longgokan TKKS seterusnya ke alur air kawasan Koperasi.
3???. Semasa siasatan di kawasan kolam pengolahan, terdapat lori tangki yang berkemungkinan untuk mengisi efluen daripada kolam pengolahan, menerusi perbualan dengan pemandu lori tersebut.
4???. Pemeriksaan dokumen dilakukan di pejabat premis:
??Laporan pemprosesan kilang dan mendapati kilang beroperasi pada tarikh aduan dan pada masa siasatan dijalankan.
??Kilang telah memperolehi KB SPE untuk membina Membrane Filter System, rujuk SPE-002/2024.
??Kilang belum mengemukakan pindaan syarat lesen JP KKS, dan siasatan dilakukan berdasarkan syarat lesen semasa.
5???. Pemeriksaan pada kawasan pelupusan enap cemar daripada aktiviti penyingkiran enap cemar di holding pond dan telah mendapat Pemberitahuan Bertulis bagi aktiviti ini.
B. TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1???. FC telah dikeluarkan bagi punca yang ditemukan dan kesan ke alur air berdekatan serta tindakan pembaikan serta merta.
2???. Syor Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dilaksanakan.
3???. Borang selongkar telah dikeluarkan kepada premis.
C. Tiada aktiviti PT dikesan sewaktu rondaan.
Cuaca: Cerah.
Sekian.