Penerangan
1 Mei 2024, Jempol - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam.
Operasi telah dijalankan di KM 14 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang yang telah disertai oleh sebelas (11) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
50 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Notis arahan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama