PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

SIASATAN KES ADUAN MENGENAI PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

DOE WP Labuan 07/05/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES ADUAN MENGENAI PELUPUSAN BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
07/05/2024
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Khamis, 25 April 2024 - JASWPL menerima aduan pada lebih kurang jam 3 petang berhubung aktiviti pelupusan buangan terjadual secara haram. Aduan adalah mengenai aktiviti melibatkan pencucian tong drum yang mengandungi sisa minyak terpakai di dalamnya dan air cucian tersebut disalurkan ke longkang awam. Hasil pencucian tersebut boleh mencemarkan saluran perparitan awam selain menghasilkan gangguan bau. Pasukan penguatkuasa JAS WPL melalui Unit Aduan telah bergegas ke lokasi bagi menyiasat kesalahan tersebut. Pihak pelaku telah diarahkan untuk melakukan pembersihan dengan serta-merta. Pesampelan rasmi telah diambil dan satu kertas siasatan dibuka untuk tindakan selanjutnya. Orang ramai diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui sistem www.eaduan.doe.gov.my atau talian pejabat JAS 087-408772 atau Whatsapp Aduan JAS 0102708772 . Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_april_2024

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan