Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM CERAMAH KESEDARAN PENJAGAAN DAN PAMERAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANNE, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (SKSAWPL) TAHUN 2024 BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN (JASWPLPROGRAM CERAMAH KESEDARAN PENJAGAAN DAN PAMERAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN ST. ANNE, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (SKSAWPL) TAHUN 2024 BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN (JASWPL)
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 07/05/2024
- Organisasi
- DOE WP Labuan
- Lokasi
- W.P Labuan
Penerangan
25 April 2024, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – JASWPL telah berkolaborasi bersama SKSAWPL dengan mengadakan program ceramah kesedaran penjagaan alam sekitar dan pameran alam sekitar pada peringkat WPL di SKSAWPL.
Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKSAWPL Puan Chua Lai Eng @ Cecilia. Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh Pegawai MyStep JASWPL iaitu Puan Nurhidayah Binti Bulyan, bertajuk “3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle?? kepada semua pelajar dan warga pendidik SKSAWPL.
Pameran Alam Sekitar telah dilaksanakan dengan mempamerkan peralatan berkaitan pemantauan kualiti alam sekitar, permainan 3R dan pengedaran risalah alam sekitar. Program ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 8:00 pagi hingga 10:30 pagi.
JASWPL merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan SKSAWPL di atas komitmen jitu dalam menjayakan program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_april_2024