Penerangan
PELABUHAN W.P. LABUAN, 19 April 2024 - Pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Automatik oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) dan pihak konsesi iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) di CM10L, Wilayah Persekutuan Labuan. Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian stesen automatik marin di bawah EQMP dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan elemen jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC) sentiasa terjamin dan data yang tepat dihasilkan.