PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI DAN PELANCARAN THEMATIC CLASSROOM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN

DOE Perlis 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUMI DAN PELANCARAN THEMATIC CLASSROOM DI SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

26 April 2024- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput untuk merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi dan Pelancaran Thematic Classroom di Sekolah Kebangsaan Oran pada 26 April 2024. Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar SK Oran, YM Tengku Hazleen binti Tengku Azman, guru-guru serta murid-murid sekolah berkenaan. JAS Perlis yang diwakili oleh Pn. Nor Juliana Jaafor telah merasmikan Sambutan Hari Bumi dan Pelancaran Thematic Classroom. Manakala taklimat berkaitan "Planet vs Plastic" telah disampaikan oleh Pn Nur Nadira, dari JAS Perlis. Sambutan Hari Bumi ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Matlamat utama Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 adalah untuk berusaha ke arah pengurangan sebanyak 60% dalam pengeluaran semua jenis plastik menjelang tahun 2040 di peringkat antarabangsa. Semoga pihak SK Oran akan terus berdedikasi di dalam melahirkan lebih banyak generasi hebat yang bukan sahaja cemerlang di dalam akademik, malah mampu memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Oran di atas kerjasama dan sokongan kepada JAS dalam usaha melestarikan alam sekitar Negeri Perlis. SK ORAN Jabatan Pendidikan Negeri Perlis #nres #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_April2024 #haribumi2024 #planetvsplastic #skoran

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan