Penerangan
27 April 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Oran untuk menjayakan Program Pengumpulan e-Waste Sempena Hari Bumi 2024 bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan ewaste kepada seluruh warga sekolah.
Program ini melibatkan semua murid dan guru sekolah berkenaan yang membawa buangan e-waste seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer, monitor, penyaman udara dan televisyen daripada rumah masing-masing.
Program seumpama ini amat bermanfaat kepada semua warga sekolah bagi meningkat kesedaran mengenai pengurusan dan pelupusan e-waste serta membentuk generasi cakna alam sekitar.
JAS Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Oran yang sangat komited dalam usaha penjagaan alam sekitar dan Jabatan ini amat berharap agar komitmen sebegini dapat diteladani oleh sekolah-sekolah lain di Perlis.
JAS Perlis sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini khususnya dalam pengurusan buangan e-waste.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
SK ORAN
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
#nres
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_April2024
#haribumi2024
#planetvsplastic
#skoran