PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 30/04/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

MAC - APRIL 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT). Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPKL menjumpai kesan-kesan pembakaran di kawasan yang diadu. Poster larangan pembakaran terbuka telah diedarkan ke kawasan perumahan yang berhampiran dengan lokasi pembakaran terbuka. Manakala pita penghadang telah diletakkan di kawasan tapak bekas pembakaran terbuka bertujuan untuk menghalang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan tersebut. Pasukan penguatkuasa JASWPKL semasa menjalankan siasatan turut menemui orang yang disyaki sedang melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Orang yang disyaki telah diambil keterangan dan ditawarkan kompaun atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Sek. 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun. JAS WPKL sentiasa komited melakukan pemantauan secara berterusan melalui Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan