Penerangan
29 April 2024, Gemencheh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk meyampaikan ceramah alam sekitar dan mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena penutup minggu Sambutan Hari Bumi Peringkat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Tahun 2024.
Program ini disertai oleh semua warga MRSM Gemencheh yg terdiri dari pelajar pelajar, guru guru serta staff sekongon. Pihak sekolah telah mengadakan lima pertandingan untuk pelajar dan kuiz untuk para guru dan staff sokongan. Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar dan mengenai Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste). Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah dalam negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama