PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 30/04/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

KUALA LUMPUR, 03 April 2024: Pegawai – pegawai Penguatkuasa JAS WPKL telah membuat pemeriksaan verifikasi Alat Kawalan Pencemaran Udara (AKPU) ke sebuah makmal komersil di Kuala Lumpur. Pemeriksaan verifikasi dilaksanakan susulan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) yang tertakluk di bawah Peraturan 7(5), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. SKPU tersebut berfungsi mengawal pengeluaran bahan pencemar udara dari aktiviti pemprosesan di premis industry. Pemeriksaan dijalankan termasuk pengesahan binaan alat SKPU sebagaimana yang dinyatakan dalam lukisan kejuruteraan, keadaan pengoperasian sistem berkenaan dan pemantauan prestasi. Pihak premis dan perunding perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tepat kepada Jabatan. Tindakan tegas boleh diambil jika maklumat palsu  dikemukakan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 28, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan