PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAN POLIS MARIN SELANGOR DALAM RONDAAN PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN MARIN DI SEKITAR KAWASAN LAUT SELAT MELAKA

DOE Selangor 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAN POLIS MARIN SELANGOR DALAM RONDAAN PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN MARIN DI SEKITAR KAWASAN LAUT SELAT MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

29 April 2024, Klang - Bagi memastikan tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Polis Marin Selangor hari ini 29 April 2024 telah bekerjasama membuat pemantauan di sekitar kawasan laut Selat Melaka. Objektif utama kerjasama rondaan pemantauan di laut ini diadakan adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama JAS bersama pihak Polis Marin dalam menjalankan penguatkuasaan dan kawalan pencemaran di kawasan perairan Malaysia, membantu pihak JAS meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas Akta 127 dan Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 serta mencegah aktiviti-aktiviti pencemaran laut khususnya daripada kapal-kapal kargo dan tangki minyak. Sebelum rondaan dijalankan taklimat keselamatan dan skop rondaan marin telah disampaikan oleh ASP Mohd Rohaizad Bin Mohd Nasir. Seterusnya rondaan dijalankan dengan menggunakan asset bot peronda Polis (RH62), dengan kekuatan 4 orang anggota pasukan peronda. Kawasan rondaan meliputi kawasan Pulau Carey, Pintu Gedung, WestPort, Selat Klang Selatan, Northport dan beberapa kawasan lain yang berpotensi berlakunya pencemaran marin. Rondaan turut di jalankan operasi pematuhan oleh pihak Polis Marin ke atas kapal kapal yang melalui kawasan tersebut. Skop pematuhan meliputi permit perjalanan, barangan yang dibawa, dan lain lain aspek. Sepanjang rondaan marin di jalankan, pegawai JAS juga memantau aspek pencemaran laut jika terdapat sebarang kejadian tumpahan minyak dan lain lain isu pencemaran. Secara keseluruhan, sesi rondaan marin yang dijalankan tidak menemukan sebarang elemen pencemaran air marin.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan