3 April 2024, MELAKA - Sebuah premis peleburan aluminium aloi sekunder (scrap aluminium), Trimax Metal Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini.
Pihak premis telah mengaku bersalah di atas tiga (3) pertuduhan dibawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum di bawah 34A(8), Akta yang sama; Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, dan boleh dihukum di bawah Peraturan 29, Peraturan yang sama; dan Seksyen 38(1)(c), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 41, Akta yang sama dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM 70,000.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka memandang serius sebarang jenis pencemaran alam sekitar dan semoga kes ini dapat menjadi iktibar dan contoh tauladan kepada penjenayah alam sekitar diluar sana. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama