Penerangan
Pada 25 April 2024, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan bagi program Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama KPDN NS. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Zahir bin Mazlan, Pengarah KPDN Negeri Sembilan membincangkan tentang aturcara program. Terdapat pelbagai acara akan dijalankan pada hari berkenaan seperti senamrobik, 'Fun Run', jualan rahmah, pameran dan pelbagai pertandingan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menerima jemputan KPDN NS sebagai satu pempamer pada tarikh tersebut. Di samping membuka booth pameran, pusat pengumpulan e-waste juga turut dibuka. Kadar insentif disediakan untuk enam (6) barang buangan elektrik yang utama seperti telefon, komputer riba, televisyen, mesin basuh, penghawa dingin dan peti sejuk. Aktiviti pengumpulan e-waste adalah amat penting dalam usaha mempromosikan program kesedaran alam sekitar kepada orang awam supaya ianya dapat memberi impak yang baik dan seterusnya dibudayakan oleh masyarakat awam.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama