Penerangan
Port Dickson, 19 April 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan pengurusan e-waste di kalangan pelajar sekolah SMKA Chuah. Program ini merupakan usaha dan komitmen pihak sekolah dan JAS untuk memberikan kesedaran kepada pelajar bagi memastikan pengurusan e-waste diuruskan dengan kaedah yang betul.
JAS Negeri Sembilan akan sentiasa menyalurkan informasi dan maklumat terkini berkenaan kesedaran alam sekitar kepada orang awam di negeri ini serta menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
"E-waste Dikitar Bumi Terpelihara"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasn9