PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - PROGRAM 1 RAS 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - PROGRAM 1 RAS 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

27 April 2024, JERAM - Program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) di persisiran pantai di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Jeram, Kuala Selangor sebagai sisipan program sempena Sambutan Hari Bumi 2024 Peringkat Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 27 April 2024 anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, WCT Holding Berhad, Canon Opto (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Samsung Elektronic (M) Sdn. Bhd. Program dimulakan dengan senaman ringan dan seterusnya aktiviti kutip sampah dijalankan. Bertepatan dengan tema Sambutan Hari Bumi pada tahun ini iaitu ‘Planet vs Plastic, seramai 130 orang peserta telah berjaya mengutip hampir 500kg sampah seperti botol- botol plastik, bekas makanan, jala-jala rosak dan pelbagai lagi. Sambutan Hari Bumi di Negeri Selangor ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan