Penerangan
15 April 2024, Seremban - Satu pemeriksaan dan pemantauan telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Alam Sekitar Malaysia (TKPO), YBrs Dr. Norhazni Binti Mat Sari ke Kualiti Alam Sdn Bhd yang terletak di Sendayan Negeri Sembilan. Turut hadir YB Veerappan a/l Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Tuan Haji Shafe’ee Bin Yasin, dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Encik Hamzah Bin Mohamad serta pegawai – pegawai Jabatan Alam Sekitar.
Pemeriksaan dan Pemantauan ini dilakukan bertujuan untuk memastikan premis sentiasa mematuhi peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( AKAS 1974) dan mengikut segala syarat – syarat lesen yang telah ditetapkan. Satu taklimat mengenai pengurusan buangan terjadual dan pengawasan kualiti udara telah disampaikan oleh pegawai daripada Kualiti Alam Sdn Bhd.
Sempena Hari Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang disambut pada 15 April setiap tahun, JAS sentiasa melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan premis – premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling ( AKAS 1974) dan peraturan peraturan dibawahnya.
‘’ Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama ??
#NRES
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasn9