Pada 29 Mac 2024, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah berjaya menyelesaikan satu (1) kes mahkamah di Mahkamah Seksyen 4, Seremban, Negeri Sembilan. Hasil pendakwaan telah berjaya mensabitkan bahawa Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd, sebuah premis pembuatan minyak sawit mentah tidak menepati Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Oleh itu, premis berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 60,000.
Adalah diingatkan bahawa JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Dengan itu, orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui: Talian Bebas Tol : 1-800-88-2727 Emel :
[email protected] Portal Aduan : https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama