PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS KOMITED MEMANTAU KEJADIAN KEBAKARAN HUTAN TANAH GAMBUT DI LEMBAH BIDONG , SETIU

DOE Terengganu 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS KOMITED MEMANTAU KEJADIAN KEBAKARAN HUTAN TANAH GAMBUT DI LEMBAH BIDONG , SETIU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU TERUS KOMITED MEMANTAU KEJADIAN KEBAKARAN HUTAN TANAH GAMBUT DI LEMBAH BIDONG , SETIU KUALA TERENGGANU, 20 APRIL 2024, Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan dan memantau fungsi peralatan pengawasan portable GRIMM di SMK Lembah Bidong, Setiu bagi mengawasi kualiti udara susulan kejadian kebakaran hutan di Lembah Bidong. Pasukan penguatkuasa juga membuat pemantauan ke atas kerja-kerja mengepam air dari telaga tiub oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains untuk meningkatkan paras air di dalam saliran di kawasan kebakaran tanah gambut di Lembah Bidong dan membekalkan air untuk operasi pemadaman. Selain itu, pemantauan kerja-kerja pemadaman pembakaran terbuka oleh pihak Jabatan BOMBA dan pekerja Ladang Rakyat dan TDM Plantation di Lembah Bidong dan Merang, Setiu juga dilakukan. Rondaan di sekitar Merang, Setiu mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pemasangan banner telah dibuat di Kg. Rhu Tapai di kawasan longgokan pengumpulan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka Pemantauan di kawasan Pantai Merang, tiada sebarang tumpahan minyak dan tarball di kesan di kawasan pantai tersebut. Pasukan penguatkuasa turut meronda dan memantau punca-punca pencemaran di kawasan Perindustrian Gong Badak Kuala Terengganu. Tiada sebarang pencemaran berlaku di kawasan tersebut. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan