Penerangan
SYARIKAT LOMBONG BESI BEROPERASI TANPA KELULUSAN EIA DIDENDA RM 30,000.00
TERENGGANU, 29 April 2024 - Mahkamah Sesyen Kemaman telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM 30,000 ke atas sebuah syarikat pengoperasian lombong bijih besi pada 28 April, semalam
Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut telah menjalankan Aktiviti 8(b),Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu pengoperasian lombong bijih besi tanpa terlebih dahulu mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling atau Environmental Impact Assessment (EIA) dan mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
Hakim, Puan Wan Suhaila Mohd membuat keputusan itu selepas wakil pihak syarikat berkenaan mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan.
Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen Seksyen 34A (8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, berjumlah RM 30,000.00.
Pihak syarikat ini juga berdepan dengan hukuman penjara bagi kesalahan tersebut sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama