Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA "EIA-TRC THE CONSTRUCTION AND COMPLETION OF EARTHWORKS AT KERTIH POLYMER PARK KEMAMAN FOR ECERDC
Eiatrc Proposed Construction And Completion Of Earthworks At Kertih Biopolymer Park (Phase 4A-Package 2), Kemaman, Terengganu For The East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)
TERENGGANU, 29 April 2024: Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini.
Mesyuarat ini telah membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
(Environmental Impact Assessment, EIA) bagi cadangan " Proposed Construction And Completion Of Earthworks At Kertih Biopolymer Park (Phase 4A-Package 2), Kemaman, Terengganu For The East Coast Economic Region Development Council (ECERDC).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof dan pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Terengganu serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik.
Laporan EIA dibentangkan oleh pemaju dan perunding berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan sedia ada dan yang akan dibina, serta maklumat-maklumat berkaitan komitmen dan jaminan pihak pemaju dalam memastikan cadangan projek diperingkat pembinaan dan operasi nanti mematuhi Akta Kualiti alam Sekeliling 1974..
Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA oleh JAS.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama