PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU   KUALA TERENGGANU, 19 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini.   Selaian itu, siasatan aduan pembuatan arang tempurung kelapa di Kampung Tok Fakir, Merchang turut dijalankan. Hasil siasatan mendapati ada kerja-kerja pembuatan arang tempurung kelapa dikawasan kebun hujung Kg. Tok Fakir. Terdapat 18 tong drum (dapur) yang beroperasi menyala dan berasap. Susulan itu, arahan supaya hentikan operasi dengan serta merta telah dikeluarkan kepada pemilik terlibat. Siasatan susulan akan dijalankan bagi memastikan pemilik aktiviti ini patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.   Siasatan aduan pembakaran terbuka juga dilakukan di dua (2) lokasi, dalam daerah Dungun. Hasil siasatan mendapati aduan tersebut berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dilokasi dan lawatan susulan akan dilakukan bagi memastikan individu terlibat patuh kepada arahan yang dikeluarkan.   Rondaan oleh pasukan penguatkuasa Jas Terengganu di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Setiu pada hari ini menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut     #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan