Penerangan
PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING
KEMAMAN, 20 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Siasatan ke atas laporan hotspot di Mukim Hulu Jabor, Kemaman berada di dalam kawasan kilang Eastern Steel, Telok Kalong, Kemaman. Maklumatbalas oleh pihak kilang didapati hotspot yang dikesan adalah semasa perpindahan produk molten iron dari kawasan Iron Making Plant (IMP) ke Steel Making Plant (SMP).
Rondaan dan pemantauan di sekitar Paya Berenjut, Mak Lagam Chukai, Cheneh, Cherul, Ban Ho, Air Putih, Dadong, Kg Tebak, Paman, Pasir Gajah, Ibok, Bukit Anak Dara, Telok Kalong dan Bukit Kuang,termasuk di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat dibeberapa kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan sebagai amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat melakukan perkara tersebut yang boleh menjejaskan kesejahteraan orang awam dan persekitaran.
Pemeriksaan dan pemantauan fungsi infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut iaitu check dam di kg Mak Lagam berada dalam keadaan baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama