PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PUNCA PEMBAKARAN TERBUKA DITINGKATKAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PUNCA PEMBAKARAN TERBUKA DITINGKATKAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/04/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PUNCA PEMBAKARAN TERBUKA DITINGKATKAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU   KUALA TERENGGANU, 20 APRIL 2024, Pasukan penguatkuasa Jabatan alam sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan dan memantau fungsi peralatan pengawasan portable GRIMM di SMK Lembah Bidong,Setiu bagi mengawasi kualiti udara susulan kejadian kebakaran di Ladang Rakyat Lembah Bidong.   Pasukan penguatkuasa juga membuat pemantauan ke atas kerja-kerja mengepam air dari telaga tiub oleh Jabatan Mineral dan Geosains untuk meningkat kapasiti air di dalam saliran di kawasan kebakaran tanah gambut di lembah bidong.   Selain itu, pemantauan kerja-kerja pemadaman pembakaran terbuka oleh pihak BOMBA di Ladang Rakyat dan TDM Plantation di Lembah Bidong dan Merang Setiu juga dilakukan.   Rondaan di sekitar Merang, setiu  mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pemasangan banner telah dibuat di Kg. Rhu Tapai dikawasan longgokan pengumpulan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka   Pemantauan di kawasan Pantai Merang, tiada sebarang tumpahan minyak dan tarball di kesan di kawasan pantai tersebut.   Pasukan penguatkuasa turut meronda dan memantau punca-punca pencemaran di kawasan Perindustrian Gong Badak Kuala Terengganu. Tiada sebarang pencemaran berlaku di kawasan tersebut.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan