Penerangan
JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN KOMITMEN PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN CEGAH AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING
KEMAMAN, 19 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan melibatkan Chukai, Bakau tinggi, Beris, Kijal, Kemasik, Kertih, Ranggong, Kawasan Perindustrian Kertih, Kampung Chabang, Kijal, Bukit Kuang, Kg. Besut dan Gong Limau.
Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan.Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang di kawasan yang berpotensi untuk melakukan pembakaran terbuka.
Selain itu tiada aktiviti abnormal ditemui semasa pemantauan dijalankan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di sepanjang rondaan dan pemantauan hari ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama