“OPS AIR RAYA?? JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 1 APRIL 2024 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Bersepadu 'Ops Air Raya' .
Dalam operasi ini JAS Terengganu telah menyasarkan beberapa premis yang dikategorikan sebagai Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) khususnya Loji Pengolahan Kumbahan yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada premis-premis yang beroperasi di negeri ini agar sentiasa memastikan operasi kilang mereka berada pada tahap pematuhan yang baik pada setiap masa.
Tindakan tegas akan diambil jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jelas mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan orang awam.
Sebarang aduan orang awam boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di
[email protected].
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama