PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PIHAK BERKUASA TEMPATAN ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE SECARA BERJADUAL

DOE Terengganu 29/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PIHAK BERKUASA TEMPATAN ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE SECARA BERJADUAL
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/04/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PIHAK BERKUASA TEMPATAN ANJUR PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE SECARA BERJADUAL   KUALA TERENGGANU, 1 APRIL 2024-Penganjuran Program Pengumpulan E-Waste anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dengan kerjasama Syarikat RD Paper telah mendapat sambutan yang baik dari orang awam.   Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12 tengahari telah mendapat sambutan dari orang awam. Program yang sama telah diadakan pada 30 Mac lalu.   JAS Terengganu sentiasa menyokong kerjasama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.   JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tn Hj Rosli bin Latif dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama      

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan