PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 29/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/04/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SIAGA PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUACA PANAS DAN KERING DI NEGERI TERENGGANU   KUALA TERENGGANU, 27 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini.   Rondaan OMPT dan pemantauan di kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan juga Setiu. Siasatan juga dijalankan di 2 lokasi hotspot yang dikesan oleh Satelit NOAA20 di TPS Sungai Ikan, Kuala Terengganu (5.321095, 102.9935810) dan  di Kg. Banggol, Setiu (5.543650, 102. 8018200) dimana kawasan hotspot adalah tapak pelupusan sampah dan juga hutan belukar   Siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi Tapak Pelupusan Sampah Sg. Ikan, Kuala Terengganu dan mendapati pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kuala Nerus dengan kekuatan anggota seramai 13 orang dan dibantu oleh 3  orang dari MBKT telah memulakan operasi pemadaman bermula jam 11.30 pagi. Pnyediaan nota makluman sedang dilengkapkan untuk dikemukakan kepada ibu pejabat.   Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu juga menggunakan peralatan drone untuk melihat keadaan  pembakaran yang berlaku Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Terengganu.   Siasatan juga dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dari sistem e-aduan JAS. Terdapat 3 aduan pembakaran terbuka dimana ketiga-tiganya adalah berasas. Aduan bernombor rujukan  AWAM-2024- 02230 adalah pembakaran terbuka kawasan rumput kering di kawasan Lembah Bidong, manakala aduan bernombor rujukan PEGAWAI - 2024 - 01416 adalah pembakaran terbuka di Tapak Pelupusan Sg. Ikan, Kuala Terengganu dan aduan bernombor rujukan AWAM - 2024 - 02227 adalah pembakaran terbuka di kawasan hutan di Kuala Nerus. Kesemua aduan telah selesai disiasat.   Kawasan Perindustrian Gong Badak turut dipantau pada hari ini. Pemerhatian mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama        

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan