Penerangan
PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN PENCEGAHAN AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUACA PANAS DAN KERING DI DAERAH KEMAMAN TERUS DIPERGIATKAN
KUALA TERENGGANU, 27 April 2024- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu (JAS) Cawangan Kemaman telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Pemantaun dan pencegahan pencemaran melibatkan kawasan Bandar kemaman, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh dan kawasan perindustrian Jakar, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan kawasan perindustrian Kerteh
Hasil pemantauan ini tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut. Pemasangan banner di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka ini juga dilakukan sebagai amaran keras dan peringatan agar aktiviti tersebut tidak dilakukan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama