Penerangan
21 April 2024 - Kuala Muda, Kedah
Mesyuarat bersama antara JAS Kedah dan JKR Kedah telah diadakan bagi membincangkan cadangan pengubahsuaian pejabat baru JAS Sungai Petani. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan JKR Kuala Muda dan turut dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal antaranya Bahagian Mekanikal, Bahagian Elektrikal, Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya Kedah dan Jurutera Daerah JKR Kuala Muda.
Mesyuarat bertujuan mendapatkan khidmat nasihat untuk ubahsuai pejabat baharu Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sungai Petani di Kompleks SP Plaza Sungai Petani.