PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kedah.

DOE Kedah 28/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kedah.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

22 April 2024, Bandar Baharu Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Air Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dataran Bandar Baharu, Kedah. Antara aktiviti yang telah disertai oleh wakil peserta daripada JAS Kedah adalah aktiviti pembersihan Sungai Kerian dan sukan rakyat seperti isi air dalam botol, boling kelapa dan pukul bantai. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Tema sambutan tahun ini adalah ‘Air untuk Keamanan'. JAS juga telah menyertai pameran yang mana ianya bermatlamat memberikan pendedahan tentang peranan dan fungsi JAS terutamanya dalam pencegahan dan kawalan pencemaran. Selain itu, ianya juga bertujuan mempromosikan kesedaran alam sekitar terutamanya berkaitan peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memastikan kelestarian alam sekitar dipertahankan. JAS juga membuka pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) kepada orang awam dalam usaha mempergiatkan lagi pembudayaan kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan