Penerangan
21 April 2024, Baling - Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling, Kedah telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Merdeka MRSM Baling.
Sambutan ini dihadiri oleh 1000 orang dari agensi kerajaan dan swasta serta para guru dan pelajar MRSM Baling. Tema rasmi Hari Bumi pada tahun 2024 ialah “Planet vs. Plastics??.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah dan diserikan dengan kehadiran Pengetua MRSM Baling, Dr. Wan Suhaila binti Wan Yaacob, Pengarah MARA Negeri Kedah, Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir (A.C.M.) serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun Daerah Baling, Kedah.
Antara pengisian majlis perasmian tersebut termasuklah penyampaian hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 seperti pertandingan fotografi alam sekitar, pertandingan kitar semula “recycling heroes??, pertandingan mencipta sajak, pertandingan “short silent video??, pertandingan rekacipta logo Hari Bumi dan kuiz alam sekitar. Acara kemuncak program adalah penanaman pokok bersempena Hari Bumi 2024.
Matlamat utama Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 adalah untuk berusaha ke arah pengurangan sebanyak 60% dalam pengeluaran semua jenis plastik menjelang tahun 2040 di peringkat antarabangsa.