Penerangan
20 April 2024- Kodiang, Kubang Pasu
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menyampaikan ceramah pengurusan e-waste dan mengadakan pameran alam sekitar di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kodiang, Kubang Pasu dalam Program E-WASTE ESG 'Trash Zero'. Program tersebut merupakan kerjasama strategik antara pihak JAS dengan KRT Kodiang Lama, pihak UUM dan Syarikat Pengendali Telco MAXIS .
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Negeri Kedah. Turut hadir menyempurnakan program tersebut ialah Tuan Penghulu Mukim Keplu, Encik Naim bin Hassan.
Program ini telah dihadiri oleh 150 orang yang melibatkan komuniti setempat, pelajar UUM, para guru dan pelajar-pelajar dari SMK Tunku Bendahara.
Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'e-waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada komuniti termasuklah institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama??.