PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 28/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

20 April 2024 - Daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kota Setar, Kedah Unit Penguatkuasaan Aduan/Kontigensi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di sekitar daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang dan Pokok Sena, Kedah. Pemantauan dan rondaan ini bertujuan untuk mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Kawasan yang terlibat adalah Loji Rawatan Air, Kawasan Perindustrian Darulaman, Kawasan Perindustrian Jabi, premis industri seperti kilang getah serta kilang padi menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan. Secara keseluruhan keadaan di lokasi rondaan adalah terkawal. Edaran pamphlet, pemasangan banner serta nasihat berkenaan larangan melakukan pembakaran terbuka kepada orang awam juga telah dibuat di sekitar kawasan rondaan. Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama semasa musim cuti dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan