Penerangan
17 April 2024 - Alor Setar, Kedah
Unit EIA JAS Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIA-TRC) untuk membincangkan Laporan EIA bagi cadangan pembangunan loji kitar semula buangan terjadual di daerah Kulim , Kedah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Kedah, YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab dan dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Kedah, PLANMalaysia Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Peyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim, Pejabat Tanah Kulim, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Syarikat Air Darulaman dan Indah Water Konsortium.
Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir. Pihak penggerak projek telah memberikan komitmen untuk mematuhi semua ulasan dari agensi teknikal bagi memastikan impak yang terhasil dari projek tersebut dapat dikawal. Komitmen ini adalah langkah proaktif yang menunjukkan kesungguhan mereka dalam menjaga alam sekitar serta mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.