Penerangan
13 April 2024 - Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Kulim dan Kuala Muda
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah tetap bertindak menjalankan rondaan dan pemantauan alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah semasa musim panas dan kering pada cuti perayaan Aidilfitri.
Pemantauan yang dijalankan bagi mengelakkan kejadian pencemaran seperti pelupusan haram bertumpu kepada Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Kawasan Perindustrian Cendana, Semeling, Bandar Laguna Merbok, Gurun, Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech, Kawasan Perindustrian Mergong, Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Taman Perindustrian Bukit Kayu Hitam dan Bandar Darulaman Industrial Park. Rondaan mencegah pembakaran terbuka juga dibuat di kawasan projek-projek pembinaan sekitar Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Kulim.
Hasil rondaan dan pemantauan setakat ini telah menemui 1 kes pembakaran terbuka di sekitar daerah Kota Setar dan tindakan selanjutnya.