PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN TITIK PANAS (HOTSPOT) DAN PEMANTAUAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI KEDAH SEMASA HARI RAYA KEDUA AIDILFITRI TAHUN 2024

DOE Kedah 28/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN TITIK PANAS (HOTSPOT) DAN PEMANTAUAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI NEGERI KEDAH SEMASA HARI RAYA KEDUA AIDILFITRI TAHUN 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

11 April 2024 - Daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Kuala Muda Semasa cuti Hari Raya Kedua pasukan pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah tetap bertindak menjalankan siasatan titik panas (hotspot) di daerah Kota Setar serta pemantauan pencemaran alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti pelupusan haram bertumpu kepada kawasan industri. Rondaan mencegah pembakaran terbuka juga dibuat di Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Kawasan Perindustrian Darulaman, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Gurun, Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Semeling dan Bandar Laguna Merbok. Orang ramai diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau tindakan mahkamah dengan hukuman tidak melebihi RM500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Tuan-tuan tanah dan premis juga diminta untuk memantau tanah serta premis masing-masing supaya tidak dijadikan tempat pengumpulan, pemprosesan serta pelupusan apa-apa sisa buangan terjadual. Kesalahan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ini boleh dikenakan hukuman maksima RM 500,000.00 (lima ratus ribu ringgit), MANDATORI penjara maksima 5 tahun serta kompaun RM2000 bagi tiap kesalahan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan