PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 28/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

Alor Setar, 06 April 2024 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menjalankan rondaan dan pemantauan alam sekitar di kawasan industri dan komersial di Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Jabi dan Loji Rawatan Air Pokok Sena. Hasil siasatan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi terutama pada cuti hari minggu. Tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang yang beroperasi dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan rondaan. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan