PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 28/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

05 April 2024 - Kota Setar, Pendang dan Kubang Pasu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah sedang giat dalam usaha menjalankan rondaan dan pemantauan alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah semasa cuti mingguan. Pemantauan dan rondaan ini bertujuan untuk mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Rondaan yang dijalankan bagi mengelakkan kejadian pencemaran seperti pelupusan haram bertumpu kepada Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam Dan Kawasan Perindustrian Darulaman dan menjalankan siasatan titik panas di Daerah Pendang. Pemantauan di kawasan tapak-tapak pelupusan haram dan premis yang disita juga telah dijalankan termasuklah rondaan mencegah pembakaran terbuka di kawasan Jitra. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada menemui kes pembakaran terbuka di Daerah Padang Terap dan siasatan bagi aduan di Kota Setar. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca - punca pencemaran seperti pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan