PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN KE ATAS OPERASI KILANG KELAPA SAWIT BAGI PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN TELUK INTAN

DOE Perak 28/04/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN KE ATAS OPERASI KILANG KELAPA SAWIT BAGI PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 OLEH JAS CAWANGAN TELUK INTAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

Teluk Intan, 18 Mac 2024 -  Pasukan Penguatkuasaan JAS Cawangan Teluk Intan menjalankan pemeriksaan berkala ke kilang minyak kelapa sawit mentah di Daerah Perak Tengah bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap syarat-syarat lesen sepertimana kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi pemeriksaan ini, pasukan penguatkuasaan JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan persampelan efluen di takat pelepasan akhir dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. JAS Cawangan Teluk Intan sentiasa komited dalam menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada setiap masa. Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar. Bagi menyalurkan aduan pencemaran, orang awam boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melaporkan aduan melalui emel ke [email protected].   #kementeriansumberaslidankelestarianalam #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan